Oleh kerana blog ini jarang dikujungi oleh pengunjung-pengunjung blog
Dengan izin, bismillahirahmanirahim.
Buat julung-julung kalinya dan seperti semua ahli geng lanun sudah sedia maklum, bahawa telah diadakan Majlis Berbuka Puasa diantara ahli-ahli lanun pada 21 September 2008, bersamaan hari Ahad, di Chicken Hartz Sunway Piramid.
Ahli-ahli Lanun yang hadir:
- Presiden: Arm Pis Punya So'od
- Lajnah Menyakat: Atyrak Tyreks Toxic
- Lajnah Suara Sumbang: Korak BWOV
- Lajnah Jualan Langsung: Ajaik Ascorp QSHE
- Lajnah Chipsmore: Apeng Afina Ketobbybuit
- The Mosaicist
Upacara kami hanyalah makan-makan sahaja sambil mengerling awek-awek di meja sebelah yang pinggannya bertimbun mengalahkan jumlah pinggan kami yang tidak langsung bertimbun dan kami siap mencuri lagi hati goreng dua ketul dan ayam goreng seketul.
Banyak benda kelakar yang terjadi.
Semua laki-laki sesat! Ajaik, Korak dan Arm sesat di dalam Sunway Piramid... katanya, tak jumpa Chicken Hartz. Apeng pulak sesat dari Federal Highway!! Bila Apeng dah sampai ke Sunway Piramid, dia boleh pulak tanya 3 orang awek di mana Sunway Piramid tu. Dengan gelakkan kecil, 3 awek itu berkata, "Tu.. kat belakang tu.." wakakakakaaa..
Lagi cerita Apeng... dia tengah makan Onion Ring, tiba-tiba dia tanya, "Apa benda ni?" Lalu aku kata, "tu Onion Ring." Lalu dia makan sambil menjawab dengan sedihnya, "Aku amik ni banyak-banyak sebab aku ingatkan ni sotong... rupanya Onion Ring." Kami gelak-gelak semeja. Apeng sungguh inesen! Walaupun beliau berada di laut setelah sekian lama, masih tidak dapat mengenal antara sotong dan bawang. wakakakakakaa...
Sedang kami semua sedang minum-minum dan makan-makan, tiba-tiba radio di Chicken Hartz memainkan laungan takbir raya. Masing-masing pandang muka antara satu sama lain... "Uik... dah raya ke?", detik hati aku. Ada orang menjawab (tak ingat sapa.) "Salah pasang kaset tuh."
Polisi di Chicken Hartz mengatakan bahawa makanan yang tidak habis akan dicaj extra. Maka, aku dan The Mosaicist memandang nasib akan dua ketul hati goreng yang disangkakan cendawan goreng itu yang tidak bersentuh oleh sesiapa. Semua Ahli tak makan hati. Lalu aku dan the mosaicist ambil tisu dan menyumbat hati goreng itu didalam kocek beg askar Ajaik. Dan lagi seketul ayam goreng yang tidak dapat habis, kami masukkan ke dalam plastik beg.
Disebabkan kami telah berjanji untuk bergambar sakan, dan sedang kami mencari port untuk bergambar, tiba-tiba The mosaicist mengeluarkan kenyataan bahawa kami ni seperti warga asing (bangla, orang siam serta Vietnam) yang teruja kerana baru pertama kali menjejakkan kaki ke Sunway Piramid dan nak bergambar disemua tempat... termasuklah ditangga, papan iklan dan juga di tepi kolam yang airnya cetek... kata The mosaicist, macam "wooooo... inilah Sunway Piramid."
Dan rakan-rakan, dibawah ini adalah warga-warga asing tersebut...
sila baca dari kiri... (Vietnam, Bangla, Siam, Cambodia, Malaysia dan Indonesia)
Alangkah lagi double triple best kalau ahli-ahli geng lanun yang lain, Awanak, Rinak dan juga Ajah dapat menghadirkan diri. Tak apa... jika ada lain kali pertemuan yang akan di-arrangekan, pastikan kamu semua hadir tau! :D
8 comments:
wah... hensemnya abg korak tu ye?
tirah, ko nak merasa kene makan selipar ke?
saya mahu cermin mata bintam2 itu :((
adakah boleh kita mengangkat azza menjadi Lajnah Jalan-jalan?
aJaiK ! BaPaK aKu MmG eNSeM !
aZaH [-x sPeK Tu LiMiTeD eDiTioN ! :))
Betul Kamu Padam Muka Aku Ye Tirah...Tanpa Seurat Janggut Pun Yg Tinggal..Kulit Tampak halus Dan Licin..Mengalahkan Org Yg Pakai Olay & SK2...
weh,bukankah azza sudah lama menjadi lanun?
beliau telah mengikuti mesyuarat lanun hampir semua mesyuarat beliau ada!
hoh! spek bintam2 :"> ai sukkkaaaa lew yu :">
eh! baru aku sedari!!
lanun laki2 semua berjanggut sejemput...
(kecuali ajai yg terlebih hormon rambut) *larikkkk!!
aku dgn bongkaknya telah memakai serampang mata lanun.. kerana diriku lebih berharga.. wakakaka..
p/s azza bole angkat jd Lajnah Lawatan.. sbb dia pandai berlakon jd warga asing amik gambar kat merata ceruk tempat =))
Boss memang bongkak! >:P
*Larikkkk!!!
Post a Comment