Seperti yang kita telah pelajari dari entri lepas ye murid-murid, memang benar Awan anak gadis Puteri Nira itu sebenarnya merupakan anak kepada Rima a.k.a Tulang Bernyawa juga. Lantasan dari sifat extreme Tulang yang memilih untuk berjuang sebagai lanun di perairan antarabangsa kampung tersebut, pihak istana memutuskan untuk terus merahsiakan dahulu perihal Akta Keselamatan Negara ini. Tulang tidak pernah berasa kecil hati dengan keputusan baginda Raja, kerana beliau amat menghormati daulat serta bersyukur kerana telah dianugerahi seorang isteri yang manis, dan anak gadis yang sadis; eh silap, yang comel dan best.
Namun, di sebalik kesulitan beliau untuk menghabiskan masa berchenta bagai nak gila dengan isteri jelita disebabkan larangan pihak istana, beliau merasakan terpanggil untuk menjalankan amanah diraja sebagai putera mahkota Kampung Dot Net tanah airnya. Maka, diusahakan sedaya upaya berbagai cara baginya berbakti pada rakyat jelata sehingga membuatkan beliau mengambil keputusan untuk menjadikan karier lanun sebagai landasan baginya asalkan nasib rakyat tetap terbela. Boleh ke camtu? Eleh, ramai je pemimpin sekarang buat kerja yang sama. So, apa nak dikisahkan sangat dengan si Rima?
By the way, (e’eh, terguna bahasa penjajah laa pulak) masa yang diisi tiga sahabat penglanun terhebat itu sentiasa diwarnai dengan keceriaan mereka merompak sini
Hifaz dengan ilmu pawang yang boleh tahan power jugak tu, bertindak sebagai perancang strategi bagi meminimakan risiko yang bakal ditanggungi. Rima pula sebagai pelaksana misi sentiasa bersedia dan menyetelkan cabaran yang dihadapi. Ratih? Masih lagi cuma duduk di tepi sambil mengomen seorang diri apa yang beliau tak puas hati.
Sayugia kembara lanun-lanun itu diteruskan, terserempak pula mereka dengan sebuah kapal durjana bernombor plet A 09 (kapal daftar kat JPJ Perak kot). Kelihatan dua nakhoda pedagang yang merantau seantero dunia membawa misi ‘Mari membeli Q-She dan L-She secara timbang kati’.
Sungguh aneh melihat satu kapal dua nakhoda seperti ini, membuatkan Hifaz dan Rima terpaksa menyusun kembali strategi agar penglanunan mereka tidak gagal kemudian nanti.
Dentuman meriam buluh (atas kapal?) membuatkan kedua-dua nakhoda kapal pedagang asing tadi tersentak dan menyedari kehadiran sebuah kapal tempatan
Sepantas ikan di air boleh tahu jantan betinanya, sepantas itu jugalah tiba-tiba Rima a.k.a Tulang Bernyawa ini sudah menerjah di atas kapal mereka.
“Akulah Si Tulang empunya lautan ini. Apa hajat kamu kemari membuat onar di sini?” soal Si Tulang dalam nada suara ala-ala vokalis grind-core yang disegani.
“Watashiwa, Hayabusa Ajia. Lu boreh panggil Ajia sahaja. Ini kawan gua dari Shina, Peng Ka Yu. Panggil ria Ah Peng,” seorang lelaki Jepun yang comel lagi macho bersuara. Tulang terdiam. Seorang Jepun dan
“Haiyaa inchik, wa punya kawan sama-sama dengan gua latang sini mau carik sechopstik
“Ahhh! Aku tatak kira, eh silap, tak kira! Tak dibenarkan sesapa pun datang ke sini untuk berniaga. Serahkan segala barang-barangmu yang berharga sebagai lunas membayar denda,” sungguh ganas ayat yang disusun si Tulang itu.
“Woo, belum kasik bukak kedai pon lu olang sudah mau caj saman kaa? Ini apa punya maritim business law lu pakai haa? Soh chai…” nampaknya apek bernama Ah Peng ini memang tak makan saman dengan kebengisan si Tulang.
“Ini worang kasik rompat (lompat tau, bukan rompak) sama kira punya kapal surah tentu ada sebab woo. Lu rangan kasik marah sama ria. Kira
Tulang terdiam lagik. Orang Jepun pun tahu budi bahasa? Dia mula terasa. Dianggapnya kedua-dua lelaki ini sebagai keji pada mulanya, namun (salah seorang dari mereka) tak lah keji mana pun sebenarnya.
“Mr. Ajia. Saya datang ke kapal kamu membawa hajat untuk kiranya dapatlah saya merompak harta barangan kamu. Saya mintak maaf kalau kata-kata saya tadi ada yang menyinggung perasaan kamu,” Whoah! Si Tulang sudah berubah nada kepada kesopanan dan kesusilaannya! Amat hebat mamat Jepun ini kerana berjaya mengubah pendekatan Tulang dalam tatacara penglanunannya.
“Orrhh. Begiru rupanya hasrat ruan hamba. Mengapa tak diberitau saja, sebariknya bermuka-muka mengatakan mahu mengurip denda?” balas Ajia pula.
“Ohh, saya sudah terbiasa berkasar sebegitu rupa. Al-maklum laa, mangsa-mangsa rompakan saya sebelum ni tak pernah yang ada etika budi bahasa,” jawab Tulang sambil tertawa bergurau senda.
Tiba-tiba Ajia mengeluarkan sebilah pedang samurai dihunuskan ke leher Tulang membuatkan ketawa Tulang tadi lenyap begitu sahaja.
“Saya, Samurai Ajia takkan sesekari membenarkan kamu merampas harta saya. Asia untuk
Namun ketangkasan Ajia tidak boleh diperkecilkan. Bagai kilat menyambar, Ajia menyerang pula Tulang dari arah sisi sehingga membuatkan Tulang tak sempat melarikan diri lantas tercalitlah luka di hati, eh silap lagi, luka di kaki.
“Celaka sama kamu ini! Kalau benar jantan, bertarunglah dengan aku tanpa pedang itu. Baru kita boleh tahu siapa pendekar sejati!” getus Tulang dalam keperitan menahan darah yang mengalir keluar tanpa henti.
“Hoho,
Tiba-tiba sebatang damak tercacak di dada Ajia. Beliau terkejut. Matanya semakin berpinar-pinar. Kesedarannya semakin pudar. Yang dapat dilihat dari seberang kapal milik Encik Tulang itu, hanya kelibat seorang gadis tersenyum puas ke arahnya.
Apakah yang sedang berlaku? Dan apakah yang akan berlaku seterusnya? Minda Ajia tertanya-tanya.
Jawapannya, sudah tentu di entri akan datang.
Bersambung…
No comments:
Post a Comment