Kami di De'Kipas telah mencipta rangkaian produk kami yang kami percaya dapat membantu anda tak kira dalam apa jua masalah badan! Walaupun kami baru menapak di tapak penempatan kilang kosmetik, kami percaya produk kami mampu mengubahnya!
Di sini, kami ingin memperkenalkan 5 produk terbaru kami iaitu:
1. BulRemover Cream (RM 12)
2. BagMyEye Cream (RM 12)
3. GreyHairDye Permanent (RM 12)
4. 100%Fat Vanilla Drink (RM 12)
5. HotCold Talcum (RM 12)
Produk kami adalah 100% asli tanpa perasa dan pewarna tiruan (kecuali GreyHairDye Permanent). Di sini kami sertakan penerangan lebih lanjut tentang produk-produk kami.
1. BulRemover Cream - Satu-satunya krim yang dapat menghilangkan bulu kaki dalam masa 2 saat (sudah terbukti berkesan). Tiada kesan sampingan jika anda memakai krim ini. Ia betul-betul berkesan, dan bulu kaki tidak akan tumbuh lagi selepas anda menggunakan produk ini.
2. BagMyEye Cream - Krim mata ini amat unik kerana ia dapat menambahkan kesembapan mata anda supaya mata anda tampak lebih kecil dan cantik. Krim ini bertindak dalam 2 cara. Pertama, ia akan menarik sel-sel kulit berhampiran mata, agar mata anda bertambah sembab. Yang kedua ialah, bahan anti-ageing di dalam krim tersebut akan bertindak sebagai botox, sekaligus menghilangkan kedut-kedut di sekitar mata. Ini sudah terbukti secara klinikal.
3. GreyHairDye Permanent - Produk ini adalah untuk mereka yang ingin kelihatan matang dari usia. Seswai digunakan untuk mereka yang sudah penat dgn warna rambut yang hitam legam. Dengan menggunakan produk ini, kami gerenti, anda akan dianggap lebih serius, seserius rambut anda yg telah diwarnakan.
4. 100%Fat Vanilla Drink - Minuman ini menjadi kegemaran mereka yg bertulang halus mahupun mereka-mereka yang baru sembuh dari aneroxia nervousa. Rasanya yang unik, lemak berkrim mahupun kental boleh diminum pada bila-bila masa. Tapi awas, produk ini mendatangkan bahaya pada mereka yang mempunyai berat 55kg ke atas. Mungkin anda akan menjadi obese tahap ketiga!
5. HotCold Talcum - Bedak ini adalah hasil inovatif dari bedak sejuk yang suatu ketika dulu popular di kalangan nenek-nenek kita. Cuma bedak ini mempunya 2 fungsi. Fungsi pertama adalah bedak ini menjadi panas pada 5 minit pertama anda menepekkan di muka. Ini adalah untuk membunuh bakteria jahat supaya kulit anda licin. Seterusnya, bedak ini akan menjadi sejuk. Ini adalah supaya bakteria baik dapat dihasilkan sekaligus menjadikan kulit anda putih berseri. Anda tidak perlu membasuh muka setelah menggunakan produk ini kerana terbukti muka anda akan menjadi putih selepas menggunakannya! Ajaib bukan?
PROMOSI WAKTU TERHAD!!!
Kami sedaya upaya membantu anda untuk membuat keputusan! Kami menyediakan pakej-pakej menarik sekiranya anda ingin membeli produk utama kami iaitu BulRemover!
Pakej A: 1 jar of BulRemover + 1 jar of BagMyEye Cream (RM 24.55)
- Apalah gunanya jika kaki anda cantik, tetapi mata anda tidak cantik! Pakej ini didatangkan dengan reben percuma!
Pakej B: 1 jar of BulRemover + 1 box of GreyHairDye Permenant (RM 24.55)
- Kalau kaki tak berbulu tapi rambut hitam legam, adalah baik kalau anda mengambil pakej B. Pakej ini sesuai untuk golongan lelaki muda yang ingin ke kelab dangdut!
Pakej C: 1 jar of BulRemover + 1 carton of 100%Fat Vanilla Drink (RM 24.55)
- Kalau kaki dah licin, tapi badan macam tulang, kene beli pakej C supaya badan nampak berisi! Pakej ini sesuai para penagih yang telah kembali ke pangkal jalan dan ingin menjadi disco dancer!
Dapatkan Produk De'kipas Dari Stokis Berhampiran Anda!!!
PENGALAMAN PEMANDUAN
11 years ago
1 comment:
xpena dengar pown sal produk nie...
cam menarik jew..sbb jimat abes...
kt mne de'kipas nyew stokis??
Post a Comment